Nuffnang Ads

Monday, May 04, 2015

Polperro Steak House

Assalammualaikum.

Yeayyyy makan lagi lagi dan lagi sampai la gemuk tapi hakikatnya aku susah nak gemuk k. Haha. Kali nie adik-adik aku teringin nak makan steak, maka dengan baik hati aku pun ajakla dieorg nie makan kat Polperro Steak House. Sebab dah 2x aku pergi, so aku cadangkan makan kat sini je.Sedap pun sedap, harga pun berpatutan. Dyeorang yang teringin tapi aku yang kena belanja. Ok, saya dah biasa.

Kalau korang teringin nak pergi, aku ade sertakan alamat dan juga no phone. Boleh laa korang nak booking awal. Tapi masa aku pergi takadelaa ramai sangat sebab dah lewat malam kan. Orang tidur kami pergi mencekik. Haha. Waktu operasi korang boleh tengok kat website die. Tapi selalunya hari minggu die akan buka dari kul 5:00pm - 1:00am. Kalau hari biasa 5:00pm - 12:00am.

Minumannya not bad laa. Kalau air buah tu memang fresh laa. Lagi lagi Juice Green Apple & Fresh Oren die. Memang kaw kaw sedap. Kalau glass biasa harga nya rm3.50 kalau glass besar rm5.00.

Polperro Steak House
Address : 24, Jalan Kristal Ar/7, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Phone : +60 13-2554721

Sebab nak bagi korang jeles, meh sini aku nak buat korang semua terliur. Apa lagi upload gambar laaa.


Gambar atas : Beef & Lamb Grill
Harga : rm18.90
Selalunya dieorg pakai mashed potato dan ade kacang panggang 
tapi maybe dah tgh malam so, dah habis kot itu yg diorg tukar dgn kentang goreng.

Gambar bawah : Black Papper Steak (Beef)
Harga : rm14.90.



Gambar atas belah kiri : Crazy Mix Combo.
Harganya rm23.90.
Ada lamb, beef, fish & Prawn.
Memang puas hati laa makan.


Disebabkan black papper souce tak cukup, kami pun mintak laa black papper souce kat 
waiter tu. Patutla die tanye nak berapa mangkuk, rupenya semangkuk kecik black papper kena cas rm1.00. 
Hahaha. Sabar je laa. 

So, kalau dah terliur tu cepat cepatlaa datang sini. Hahaha.
Jumpa lagi dengan tempat makan yang lebih menarik.
Waalaikumsalam. 

No comments:

Post a Comment

Jangan la singgah je,,
Marilah komen wahai si comel sekalian..