Nuffnang Ads

Thursday, October 22, 2015

The Engineers Coffee Bar Nilai

Assalamualaikum.

Baru nak berjinak-jinak kembali dengan blog. Lalala. Rase rindu pulak nak update blog, so rajinkan diri untuk update. Yeaaayyyhhh. Lagi semangat bile nak cerita pasal FOODS. Cerita pasal Krabi kita tangguhkan dulu atas sebab sebab tertentu. Acah-acah sibuk pulak kan. Ok, sila abaikan.

Memandangkan kiteorg jumpa cafe baru kat Nilai, maka dengan rakusnya kami terjah cafe tu. The Engineers Coffee Bar, agar style and simple but nice tau. Selesa tak terlalu padat. Kiteorg sampai 2 jam lepak situ padahal esok ade paper. Nasibla paper tak berapa nak susah. Boleh la relax-relax tenangkan fikiran kat cafe tu. Hahaha.

Foods ?? Sangat unik tau. Sebab apa aku kata unik ? Sebab speghetti nya die masak lomak cili api. Hahaha. Haaa korang pernah ke dengar ? Bukan setakat Masak lomak cili api tapi speghetti Curry pun ade tau. Bagi siapa yang suka makan pedas tu aku cadangkan korang makan laa spaghetti masak lomak cili padi tu. Kaw kaw pedas berasap telinga aden makan. Tak tahan pedas tapi bajet macam tahan pedas, Sekali makan. Merah bibir. Tapi memang sedaplaa. Dessert pun sedap sangat. Tak bazir duit pun pergi sini. Minumannya sedap sedap belaka.

Bagi yang masih belajar, korang boleh la bawak student card. Kalau korang bawak student card akan dapat 10% discount. Oklaahh tu kan. Jimat sikit even tak banyak. Hahaha. Tak susah pun nak cari tempat nie. Sebelah KFC berdekatan dengan Burger Bakar kat food Court Nilai. Selamat mencuba.

Waalaikumsalam.



No comments:

Post a Comment

Jangan la singgah je,,
Marilah komen wahai si comel sekalian..