Travelog Singapore : Universal Studios Singapore

Assalamualaikum.

USS ! I'M HERE ! 😎😋


Semalam lepas update pasal Pusing-Pusing Singapore, ramai yang tanya mana sambungan seterusnya. Maka nya, aku pun dengan rajin akan ceritakan part seterusnya. Hari kedua aku di Singapore adalah pergi ke Universal Studios Singapore. Yeaaayy !! 😀 . Dari pagi hingga ke malam menapak kat USS. Hahaha. Dari rumah kawan naik bus then naik MRT. Pastu sampai. Maaf, aku tak ingat berhenti kat mana semua. Tapi depend juga pada korang naik MRT or bus dari mana. 

Merasa juga la naik bus 2 tingkat duduk tingkat atas. 
Sangat bersih dan selesa tau. Yeaayyy ! 😗 


Sampai saja shopping mall area USS tu kami beli MCD untuk bekalan masa kat USS. Makanan kat USS sangat mahal, so better bawak laa bekalan awal-awal pastu masuk dalam beg. Beg pun tak kena check masa masuk. Huhu. Kira tips dari aku laa. Diam-diam jangan bagitahu sape sape k. Haha. 

Tempat wajib ambik gambar bila sampai USS.
Nie mercu besar bagi USS. 
Saya sudah, anda bila lagi ? 😉😉

Aku beli ticket USS dengan harga $60 dalam rm185 . Kawan beli online, but i'm not sure kat website mana. Tapi pastikan korang beli kat website yang betul. Sebab masa kiteorang nak masuk tu ade group yang tak dapat masuk maybe disebabkan ticket dieorang tak sah. Setiap orang yang masuk, staff kat USS akan scan ticket korang. So, nasihat aku sila berhati-hati jangan beli pada website yang tidak boleh dipercayai. Lepas selesai urusan ticket aku dengan teruja nya melihat sendiri USS. Merasai sendiri keseronokkan di USS. I can't believe ! Betul ke aku kat USS sekarang ? Hahaha. 



Berikut adalah tempat menarik yang ada didalam USS :


1. Hollywood
- Lepas je masuk USS, first korang akan jumpa Hollywood. Sini takade benda untuk main tapi boleh ambik gambar. Rasa macam korang berada kat London gitu. Takdapat pergi sana berangan kat sini pun jadilah. Yang uniknya adalah bangunan kedai dekat sini. Ada kedai makan, kedai minion, kedai souvenir dan macam-macam lagi. 

Gigih selfie nak nampak signboard Hollywood ! 😂


Antara bangunan kat ade kat Hollywood. 


Don't worry when you misguided ! 😏

2. Madagascar 
- Dalam 20 minit juga la tunggu untuk naik boat. Tapi bagi aku, sini korang boleh skip, tapi kalau bawak anak-anak, haaa please jangan skip. Haha. Best je tapi lebih sesuai untuk kanak-kanak. Terjerit-jerit semua bila masuk dalam gua ini. Gelap penuh dengan binatang Madagascar, kira macam pengembaraan korang laa. 


Selfie kejap penat tunggu. 

3. Far Far Away      ( Tinggi yang dibenarkan naik untuk kanak-kanak 92cm-122cm)
- First sekali aku sampai sini, aku naik roller roaster die. Enchanted Airways. Kira macam senaman ringan untuk korang sebelum naik yang lagi mencabar mental dan fizikal korang. Lama juga tunggu, tapi kejap tunggu sebab kiteorang berdua, so staff kat sana bagi kiteorang naik dulu. Kira bermanfaat juga datang berdua. Kalau permainan yang naik 2 orang, diaorang akan bagi sesiapa yang datang berdua sebab kebanyakkan nya nak naik bersama keluarga. So, kalau ade 2 kosong then ade group family taknak naik, korang akan dapat naik tanpa tunggu lama tapi ikut turn juga. Naik roller coaster sini pun best wei laju bakhang. Haha. Mula-mula slow je sekali haa ambik kau mabuk terus Hahaha. menjerit jerit haa bukan jerit sebab takut tapi jerit sebab seronok and lepaskan tension lepas final exam Kahkahkah ! Next kiteorang pergi masuk castle. Seronok !! Masuk dalam untuk Shrek 4-D Adventure. Macam dalam wayang pastu kerusi gerak-gerak. Okbai. Hahaha. 


Masa nie panas sangat, sepet-sepet haa mata. 😭😭


Cantik kan ? 😋😍

Lepas dah seronok layan movie, kiteorang teruskan berseronok lagi. Haha. Kiteorang pergi Puss In Boots' Giant Journey. Lama juga menunggu kat sini. Sini naik roller coaster juga tau. Aku ingatkan roller coaster sikit je tapi haa ambik kau semua park kat sini kebanyakkan nya roller coaster. Hahaha. Tapi yang kelakar kat sini kena sound dengan staff kat sini sebab selfie kahkahkah. Siap pakai microfon hahahaha. Nasib die sound awal sebab lepas tu memang laju gila. kalau tak memang dah terbang kot phone kiteorang. Hahaha. Mohon jangan jadi macam kami.Tinggi untuk kanak-kanak 100cm-122cm . 


Sebelum kena sound haha. 


4. The Lost World

- Naik roller coaster lagi wei kali nie versi kaki tergantung. Hahaha. Memang best, menjerit macam apa ntah tapi memang puas. Aku rasa memang suara aku dengan kawan aku je kot yang kedengaran. Masa tu duduk depan, memang syok gila laa. Nampak semua pemandangan. dan seterusnya kiteorang sewa loker untuk naik Jurassic Park Rapids Adventure. Better korang sewa loker sebab memang akan basah lagi-lagi bahagian letak kaki. Kat sini pengembaraan seram naik raft melalui dinosaur. Tapi part last sekali seram hahaha. Kat sini pun aku kena sound sebab letak kaki atas kerusi. Hahaha, Yelah kat bawah basah kot aku letak laa kaki atas kerusi. Hahaha. Iolls kecik so muat je hahaha. Kelakar bila ingat balik. Tapi kat sini baju korang akan basah tapi tengok juga mana korang duduk. Aku bernasib baik baju tak basah tapi kasut basah sikit. Tapi jangan risau ade bilik pengering tapi kena bayar. 



5. Sci-Fi City 
- Ingatkan nak berehat makan kejap pastu baru sambung tapi semua tu hanyalaa mimpi. Bila lalu depan Battlestar tengok masa dia dalam 15 minit je menunggu. Haaaa pergi toilet kejap makan roti sikit then terus beratur naik roller coaster lagi. Hahaha. Memang tak ramai yang beratur masa tu maybe sebab dah petang orang dah ramai balik. So, nasihat aku korang bila sampai USS takpayah kelam kabut nak terus naik roller coaster terseram sekali di USS nie sebab memang ramai gila orang akan beratur kalau awal-awal. First kiteorang naik Battlestar Galactica Human (red track). Sebelum naik badan korang akan di scan. Phone tak boleh bawak. Sila la simpan dalam loker yang disediakan.  Huhu. Sesiapa yang pakai spek & selipar sila buka. Memang terbaik gila, nak tercabut jantung. Best gile !!!. Next kiteorang naik yang Battlestar Galactica Cyclon (grey track). Ini lagi nak tercabut segala anggota badan laa. Haha. Laju gila kalau yang red track tu aku boleh lagi nampak pemandangan tapi yang grey nie langsung tak nampak pemandangan. Laju gila !!!! Berpusing-pusing track nya. Tapi memang best gila rugi kalau korang tak cuba sendiri. Terbaik !! 


Dah sampai Sci-Fi City jangan lepaskan peluang untuk naik Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle. Ya, masih roller coaster juga cuma aku tak tahu macam mana nak terangkan nie roller coaster versi apa tapi memang best gile. Rasa macam korang pun turut berperang dalam tu. 



6. Ancient Egypt
- Naik ini aku tak payah beratur pun, sampai sampai terus naik. Kelakar nya 12 orang boleh naik tapi cuma 4 orang je masa tu naik. Aku paling depan then 2 orang lagi duduk tengah-tengah. Nampak tak, tak ramai orang. Sini macam revenge of the mummy. Terbaik ! Roller coaster juga kalau korang nak tahu. Kena tarik, track terjunam, berpusing, siap ade kabus lagi. Wahhhh nak naik lagiiii ! Jangan pejam mata kalau nak menikmati nya. Memang terbaik laa. Kalau korang nak tahu, aku naik ini 2 kali tau. Tak ramai orang punya pasal. 😂😂. 

😃😃

Hai 😎😎

Dah selesai naik permainan semua baru laa kiteorang rehat & makan. Kumpul tenaga balik. Hahaha. Tapi bagi aku memang best gile terasa gile keseronokkan nya tahap maximum !! 


7. New York
-Last sekali moh laa kita bergambar. Sesi bergambar je kat sini. Sebab banguan kat sini memang cantik, unik dan macam-macam lagi. Penat senyum je kat sini haha. 




Antara bangunan yang ada. 😎😎

Maka, selesai juga misi aku untuk jelajah USS. Yeaaayyyy. Kesimpulan nya memang best dan ade juga permainan untuk kanak-kanak cuma aku tak naik. Bagilaa kanak-kanak naik kan lebih baik. Rasa macam nak repeat lagi tau pergi USS nie. Hari kedua aku selesai dengan jaya nya. Yeeaayyy ! Memang sampai malam kiteorang kat dalam USS tu sampai kena halau

Ok, last part nanti aku akan ceritakan pasal nak balik Malaysia naik bus. Mesti ramai yang nak tahu kan ? So, ada masa nanti aku ceritakan ok 😏😏. Nak tanye apa-apa boleh pm kat facebook. Sekian terima kasih. 

Terima Kasih untuk kenangan terindah ini. 💕💕

Hong Kong Foods. 😋😋


Note :
*Bawak makanan sendiri sebab makanan kat USS mahal sungguh.
*Bawak botol air je dah cukup sebab ada banyak tempat untuk refill air. 
*Bawak telekung sebab kat surau takade telekung. Surau ada kat belakang Ancient Egypt.
*Jangan lupa ambil Studio Guide untuk memudahkan urusan kalian.
*Jangan lupa untuk jalan jalan diluar kawasan USS. Cantik ! 

Byeeeee... 😎😎



Comments

  1. Penulisan Yang Menarik.

    Kalau sesiapa mahu pergi ke Singapore,boleh hubungi number ini.

    1 Day Singapore City Tour.

    Small Mpv : Rm 600
    Big Mpv :Rm 800

    Harga Termasuk Pemandu,Minyak Dan Tol.

    www.singaporecitytour.com.my

    +60177317758

    ReplyDelete
  2. Dik u tanya la member mana dia beli ticket USS tu murah btol tu dik...I tgk plg murah pon kat klook tu pon rm215 huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan saya beli di website ini. www.rwsentosa.com. Tadi saya tengok harga dh naik $66 dalam rm203.94 ikut currency skrg 1sgd = rm3.09

      Delete
  3. Tq dik �� �� nnti I check from time to time

    ReplyDelete

Post a Comment

Jangan la singgah je,,
Marilah komen wahai si comel sekalian..

Popular Posts