Nuffnang Ads

Sunday, December 27, 2015

Travelog Thailand : 4 Island -Krabi

Assalamualaikum.

Em, makan masa juga laa untuk aku sambung update pasal Krabi nie. Hahaha. Sesungguhnya korang perlu tahu, aku ialah busy women. Ecececeh.

Maka, bermula untuk kami menjelajah pulau di Krabi. Day 2 nie kiteorang pilih untuk ke 4 Island. Yes 4 Island yang bermaksud 4 pulau yang perlu dijejaki. Hahaha. Punya gigih siapkan barang keperluan sebelum tidur lagi, takut terlajak tidur kan. Sebab van ambik dalam kul 8-830 gitu. KIte just tunggu kat lobby sampai bus sampai. Sementara tunggu bus sampai sempat juga la pergi pulang motor sewa, takut kat pulau lama sangat pastu kena cas tambahan pulak. Maka, pulangkan motor pagi itu juga, Nasiblaa dah bukak kan. Kalau tak mereput laa. Hahaha. Lepas tu sempat lagi haaa beli breakfast kat 7eleven. Untuk pengetahuan korang, 7 eleven & Super Mart KK kat Bandar Ao Nang, sangat laa bersepah-sepah. Jalan sikit je jumpa, Sampai muak dibuatnya. Hahaha. So, takperlu risau kalau malam-malam nak beli apa-apa.


Tunggu punya tunggu, sampailah bus yang nak angkut kiteorg pergi 4 Island nie. Naik bus tak ade tingkap angin tiup-tiup kemek tudung. Hahaha. Ramai juga la yang naik bus tu. Mat salleh pun ade tau uolls. Kiranya, bus nie dok kutip orang yang ambik pakej dengan dyeorang. Lepas dah kutip semua, sampailah kami kat 1 tempat. Iaitu tempat untuk berkumpul juga taklimat sedikit untuk keselamatan sebelum berangkat pergi. Dan selesai semua, baru boleh naik traditional longtail boat.
Traditional longtail boat, seram aden tengok. Berani dengan tak berani je nak naik. Hahaha.

Lepas je boat dah gerak, punya kagum, terpaku, tergamam bile tengok keindahan ciptaan-Nya. Sangat cantik pulau-pulau yang kiteorang lalu sepanjang nak pergi ke 4 Island. Ambik masa dalam 45 minit juga la nak sampai. 4 island nie merangkumi Phranang Cave, Chicken Island, Tup Island and Poda Island.






Permandangan sepanjang naik boat.


Tup Island. 



This is Chicken Island. 
Nampak tak macam kepala ayam ? 
Sebab tu panggil Chicken Island. Hahaha.

Snorkeling ? Yes snorkeling. Bile kan 4 Island, snorkeling nya kat kawasan Chicken Island nie. Tapi kurang best sikit snorkeling kat sini, Sebab air nya tak berapa nak jernih. Hahaha. Ikan pun ciput-ciput je ada, Dyeorang bagi masa dalam 45 minit untuk snorkeling. Jangan risau, anda sentiasa di pantau oleh mereka. Takut-takut lemas ke.



Abaikan kaki dok terkangkang tu.
Hahaha.



Again !! Hahahaha. 
Punya gigih nak juga selfie dalam laut.


Dah selesai, last pulau is Poda Island. Kat sini die bagi masa dalam 1 ke 2 jam. Lunch kat sini. Jangan risau, makanan di jamin halal. Kalau sape2 nak snorkeling minta je peralatan kat dieorang. Akan diberi punya laaa. Hahaha. Kat Poda Island nie, korang nak bergambar ke, menyelam ke, berenang ke, bersantai sambil jemur badan pun boleh apatah lagi usha mat salleh uolls.Hahaha. 


Poda Island


Phranang Island



Lompat tinggi hingga ke langit.
Hukhukhuk.

Then dalam kul 3 gitu, kiteorg pun balik. Bile pergi punya cepat sampai, nak balik punya lambat sampai aku boleh tertidur sambil angin laut menyapa wajahku, maka lena di buai mimpi indah. Hahahaha. Dah sampai, korang kena berkumpul tempat ygkorang berkumpul pagi tadi untuk check korang ade ke tak. Takut sesat ke pulau mana-mana ke. Haha. Dan jangan risau, kau juga akan di hantar pulang ke hotel masing-masing. Hahaha. Sampai saja hotel, terus mandi solat sume terus terjun tidur atas katil.


Bile malam menjelma, perut pun lapar nak kena isi. Siap-siap keluar cari makan. Malam kedua nie mampu jalan kaki je. Baru nampak mereka punya cara berniaga, apa yang mereka jual kan. Jalan punya jalan, finally i got my pancake. Gile tak excited. Lompat-lompat bile jumpa. Hahaha. Rupanya dekat je dengan hotel kiteorg. Semalam kan naik motor, itu yang hidup aku gelap sikit. Haha, terus order nak pancake apa. Puas hati haa dapat jumpa and makan pancake. Padahal cuma roti canai, dalam letak pisang, bungkus then sapu dengan nutella atas roti canai tu. Jadila Pancake Banana Nutella. Hahaha. 







Makan sambil berjalan sambil menikmati udara malam di Bandar Ao Nang. Bile jalan kaki nampak dengan jelas haaa. Bile naik motor nampak je jauh, tapi bile jalan kaki tup tup je dah sampai kawasan pantai. Hahahaha. Saje je jalan-jalan tengok pondan bergaya pakai dress kembang macam apa ntah. Hahahaha. Nak bergambar kena bayar tau tau tau. Hahaha. Dan penat berjalan, patah balik cari makanan halal untuk makan malam. Singgahlaa makan kat Lemon Halal Restoran. Makan mee kueh teow tomyam and air lemon teh. Hmmmmmm pedasnya boleh basah kain tudung dok kesat air mata ja. Hahaha. Udangnya banyak weii. Tak macam Malaysia, kedekut udang. Hahaha. Bile dah kenyang, apa lagi, lepak lobby dok berlaman sosial aje laa. Tidur awal esok nak bangun awal lagi. Yeaaaayyy Phi Phi Island esok kite terjah k. Daaa korang, nanti free sambung update k. Hahaha. 


Budget Pergi Krabi, Thailand

Trip To Krabi, Thailand. #Day1