Posts

Showing posts from 2017

Cameron Highland, Malaysia

Image
Assalamualaikum. Asyik cerita negara orang saja, jadi kali ini aku nak ceritakan pengalaman bercuti di negara sendiri iaitu dah semestinya MALAYSIA. Trip kali ini semua perempuan 3 orang termasuk aku. Kami pilih Cameron Highland. Dan kami lantik seorang bendahari dan kumpulkan RM200 seorang. Jadinya, RM600 untuk kami bertiga belanja di Cameron Highland selama 2 hari 1 malam. Adakah cukup ? Nak tahu ? Lets go babe HARI PERTAMA / 15.10.2017 Kami gerak dari Tg Malim dan kami tak lalu laluan Tapah sebab laluan itu agak berbahaya dan kami taknak ambil risiko dan sebab lain adalah nak singgah Green View Garden. Berikut adahlah tempat-tempat yang kami pergi selama 2 hari 1 malam di Cameron Highland, Malaysia.  1. Green View Garden  Kalau korang lalu Simpang Pulai. korang akan jumpa tempat ini. Kira macam first perhentian yang wajib korang berhenti. Sebab menu makanan kat sini sangat sangat sangat menarik dan sedap juga lazat untuk korang cuba. Kat sini juga ade

Phranang Cave Beach, Thailand

Image
Assalamualaikum. HARI KETIGA / 22.08.2017 Untuk aktiviti hari ketiga actually tak ada apa apa plan nak kemana dan tetiba abang ipar rasa macam nak santai santai lepak pantai  dan kebetulan makcik warung tempat kami sarapan memang buat perkhidmatan ke pulau. Jadinya pergila kami ke pantai. Kami guna private services. Cuma kami berlima dan kemudian ada orang Malaysia laki bini makan kat situ dan makcik offer kat mereka juga. Jadinya kami bertujuh sekali makcik dan pemandu boat jadinya 1 boat tu ada 9 orang. Agak mahal sikit untuk private boat nie tapi selesa la. Harga pulak 1000 bath untuk seorang. Kanak-kanak free.  Sementara tunggu orang datang ambik untuk ke tempat boat tu kami beli makanan minuman apa yang patut untuk ke pulau. Jangan lupa untuk beli roti boleh bagi ikan makan. Bermula perjalanan kami ke Pharanang Cave Beach, first stop.  Phranang Cave Beach, Railay Aku tak pernah pergi pun pulau nie. Dulu pun pulau nie tak masuk dalam pakej kami. Tapi