Nuffnang Ads

Wednesday, October 28, 2015

Kueh Cafe Shah Alam Seksyen 13

Assalamualaikum.

Next cafe, marilah kita makan kuih-muih tradisional.Sesuai sangat untuk mereka nak meeting or lepak santai. This place very comfortable and wide. Tunggu apa lagi, laju-laju laa korang terjah ke sana. 

Pelbagai jenis kuih tradisional mereka ada jual. Sedap dan enak kuih-muihnya. Dengan harga 5pcs rm4 & 10pcs rm7. Selain dari kuih muih melayu mereka ada juga menjual makanan masakkan melayu. Aku order laksa. Sumpah tak tipu laksa nya sedap kuah nya pekat melekat. Hahaha. Rugi kalau tak merasa sendiri.


Pelbagai jenis kuih muih disediakan 


Dalam cafe tersebut ada bahagian coffee dan masakkan ala western serta dessert juga cake. Hari itu pergi pun aku pergi dengan kakak yang tengah sarat mengandung, macam-macam laa yang dia mengidam nya. Hahaha. Layankan aje la mak buyung. Hahaha. Abang ipar & anak buah pun join sekaki. Haha. Kiteorang order laksa. kuih-muih, roti bakar dengan telur separuh masak and coffee pelbagai jens. Tak ingat perisa apa. Aku punya je aku ingat, aku order Iced Caramel Macchiato. Not bad la rase nya walaupun pahit. sedikit. Hahaha.

Kalau korang nak pergi di bawah ini aku ada serta alamat juga nombor telefon Kueh Cafe :


No 6, Jalan Renang 13/26
Tadisma Business Park, Shah Alam

03-5523 5466


Roti bakar nya sedap tau even nampak macam
 tak menyelerakan tapi bila makan sedap sangat. Hahaha.



Sekian sudah cerita cafe hipster untuk malam ini. Nanti ada cerita aku kongsi tak ade cerita aku sambung update pasal Krabi. >_<. Hahahaha. Asyik tertunda saja nak update. Maafkan saya. Daaaa.


Thursday, October 22, 2015

Travelog Thailand : Bandar Aonang

Assalamualaikum.

Moh sambung update pasal Trip To Krabi. Aku kat Krabi 5 hari 4 malam. Memang seronoklaa. Rase taknak balik pun ade. Hahaha. Perjalanan dari KLIA 2 ke Krabi Airport memakan masa 1 jam 25 minit. Flight kiteorg tengahari so sampai je sampai je sana dalam pukul 3 lebih macam itu laa. Waktu mereka dekat Malaysia cuma 1 jam. Krabi pukul 10 malam Malaysia Pukul 11 Malam. Sampai sana terus beli sim kad pastu beli tiket bus untuk ke hotel kami. Better naik bus dari naik van or taxi. Sebab naik bus murah sikit dan juga selesa. Airport nak ke Bandar Aonang memakan masa dalam 15 minit macam itulaa. Sepanjang perjalanan itu suasana di sana lebih kurang sama macam nak balik kampung Kedah  *kawan aku kata sbb die orang kedah. Hahaha. So, takade beza sangatlaa. Hahaha.

Lepas itu bus kami berhentikan kami di 1 tempat untuk mereka yang belum beli pakej. Kami tak ambik pun pakej kat sini sebab mahal. Kalau mereka paksa korang kata je yang beli pakej. Hahaha. Lepas tu Tok Tok Service datang ambik kami untuk hantar ke hotel. Dalam 5 minit je dah sampai hotel kami. Kami menginap di Adam Bungalow Hotel. Sampai je kaunter itu kami bagi la surat booking kat die. Sebelum pergi tunang along dah tolong bookingkan hotel. Hehehe. Dah selesai semua, kami pergi cari bilik kami. Yang unik nya Adam Bungalow suasana nya macam kat kampung. Selalu hotel belah atas kan, but Adam Bungalow nie tidak. Sangat selesa. Sampai terus terpegun sebab dekat area bilik kami pemandangan nya sangat amazing. Dengan ade nya gua ke gunung ke aku tak tahu laa. Tapi sangat amazing tau. Masuk saja bilik kami rehatkan diri. Mandi solat kemas-kemas apa-apa yang patut.




< Tok Tok Service




                          Pemandangan luar bilik kami >





Lepas rehat kami sewa motor. Teruja tengok motor die comel sangat. Hahaha. Better korang sewa motor untuk 1 hari daripada sewa ikut jam. Sebab 1 hari murah sikit dari ikut jam. Sebenarnya kejap je nak guna motor. Saje je nak rase naik motor kat sana. Tapi rasenya berguna juga kami sewa motor. Hahaha. 1 bandar Aonang kami pusing. Terkaku melihat keindahan pantai kat sana. Itu baru pantai Aonang belum yang lain lagi. Huhuhu. Lepastu kami cari pakej untuk aktiviti esok esok dan esok nya. Haha. Sumpah tak tipu berlambak bersepah pakej dekat sana. Korang tinggal cari yang murah je. Setiap tempat yang korang nak pergi mereka yang akan ambik dan bawak pulang kat hotel korang. Korang tinggal duduk diam-diam kat lobby hotel korang sampai depa sampai. Hahaha. Dah selesai cari pakej semua, kami isi perut. Lapar teruk wei 1 hari tak makan. Hahaha.



Dinner Kami
( Somtam,Tomyam & Ice Teh Thai )





Lepas makan hati pun gembira. Hahahaha. Comel kan motor.


Dah tangkap gambar semua, balik hotel balik untuk solat. Lpas itu keluar balik. Hahaha. Dah sewa motor 1 hari rugi tau tak gunakan sepenuhnya. Hahaha. Ingat nak cari pancake tapi tak jumpa. Sedih. Takape, esok boleh cari lagi. Haha. Sampai naik motor nak ke Bandar Krabi haa kami nak pergi nasib gelap bile nak ke sana jadi kami patah balik. Setiap lorong yang kami jumpa masuk. Haha. Saje je suka-suka, minyak pun banyak memang best la bawak. Hahaha. Nampak je tempat cantik, berhenti ambik gambar pastu sambung naik motor. Sambil-sambil korang naik bawak motor, korang boleh saje nak ambik video. Tak ade hal laa tak ade sape nak hon nak saman. Hahaha. Jalan kat sana tak sunyi tau. Sebab betul-betul tengah bandar. Kiri pantai kanan penuh deretan kedai untuk beli cenderhati. Kedai kat sana pukul 9 lebih dah tutup tau. Lepas itu jadi sunyi sepi yang tak sunyi BAR mereka. Hahaha. Mat salleh ramai, rugi kalau BAR tutup awal. Hahaha.







Jalan-jalan tengok apa mereka jual. 








Dah penat jalan pusing Bandar Aonang, lepak dekat pantai. Ramai juga yang duduk lepak-lepak tengah malam kat situ. Kalau lepak sambil makan pancake kan seronok. Hahaha, Dah puas bergambar kiteorg pun balik lepak kat hotel lobby. Hahaha. Wifi tak sampai kat bilik, jadinya lepak laa kat lobby. Kes nak jimat quato internet sim yang kami beli. Padahal, tak habis guna haa sampai hari last kami.Internet dieorang tak macam kat Malaysia tau. Tengah laut pun ade line tau. Hahaha. Dah puas ber-social network balik bilik. Tidur awal esok nak bangun awal sebab van datang ambik pukul 8. Hahaha. Zzzzzzz.



Lepak tepi pantai Aonang.


Ini untuk first day aku. Nanti teman sambung update lagi okay. Untuk budjet ke sana, aku dah update lama dah. Korang boleh clik kat sini. > Baca Sini . Harap dapatlah membantu korang yang nak pergi Krabi. Semoga ke temu lagi. Daaaa

Waalaikumsalam.





The Engineers Coffee Bar Nilai

Assalamualaikum.

Baru nak berjinak-jinak kembali dengan blog. Lalala. Rase rindu pulak nak update blog, so rajinkan diri untuk update. Yeaaayyyhhh. Lagi semangat bile nak cerita pasal FOODS. Cerita pasal Krabi kita tangguhkan dulu atas sebab sebab tertentu. Acah-acah sibuk pulak kan. Ok, sila abaikan.

Memandangkan kiteorg jumpa cafe baru kat Nilai, maka dengan rakusnya kami terjah cafe tu. The Engineers Coffee Bar, agar style and simple but nice tau. Selesa tak terlalu padat. Kiteorg sampai 2 jam lepak situ padahal esok ade paper. Nasibla paper tak berapa nak susah. Boleh la relax-relax tenangkan fikiran kat cafe tu. Hahaha.

Foods ?? Sangat unik tau. Sebab apa aku kata unik ? Sebab speghetti nya die masak lomak cili api. Hahaha. Haaa korang pernah ke dengar ? Bukan setakat Masak lomak cili api tapi speghetti Curry pun ade tau. Bagi siapa yang suka makan pedas tu aku cadangkan korang makan laa spaghetti masak lomak cili padi tu. Kaw kaw pedas berasap telinga aden makan. Tak tahan pedas tapi bajet macam tahan pedas, Sekali makan. Merah bibir. Tapi memang sedaplaa. Dessert pun sedap sangat. Tak bazir duit pun pergi sini. Minumannya sedap sedap belaka.

Bagi yang masih belajar, korang boleh la bawak student card. Kalau korang bawak student card akan dapat 10% discount. Oklaahh tu kan. Jimat sikit even tak banyak. Hahaha. Tak susah pun nak cari tempat nie. Sebelah KFC berdekatan dengan Burger Bakar kat food Court Nilai. Selamat mencuba.

Waalaikumsalam.