Travelog Thailand : Bandar Aonang

Assalamualaikum.

Moh sambung update pasal Trip To Krabi. Aku kat Krabi 5 hari 4 malam. Memang seronoklaa. Rase taknak balik pun ade. Hahaha. Perjalanan dari KLIA 2 ke Krabi Airport memakan masa 1 jam 25 minit. Flight kiteorg tengahari so sampai je sampai je sana dalam pukul 3 lebih macam itu laa. Waktu mereka dekat Malaysia cuma 1 jam. Krabi pukul 10 malam Malaysia Pukul 11 Malam. Sampai sana terus beli sim kad pastu beli tiket bus untuk ke hotel kami. Better naik bus dari naik van or taxi. Sebab naik bus murah sikit dan juga selesa. Airport nak ke Bandar Aonang memakan masa dalam 15 minit macam itulaa. Sepanjang perjalanan itu suasana di sana lebih kurang sama macam nak balik kampung Kedah  *kawan aku kata sbb die orang kedah. Hahaha. So, takade beza sangatlaa. Hahaha.

Lepas itu bus kami berhentikan kami di 1 tempat untuk mereka yang belum beli pakej. Kami tak ambik pun pakej kat sini sebab mahal. Kalau mereka paksa korang kata je yang beli pakej. Hahaha. Lepas tu Tok Tok Service datang ambik kami untuk hantar ke hotel. Dalam 5 minit je dah sampai hotel kami. Kami menginap di Adam Bungalow Hotel. Sampai je kaunter itu kami bagi la surat booking kat die. Sebelum pergi tunang along dah tolong bookingkan hotel. Hehehe. Dah selesai semua, kami pergi cari bilik kami. Yang unik nya Adam Bungalow suasana nya macam kat kampung. Selalu hotel belah atas kan, but Adam Bungalow nie tidak. Sangat selesa. Sampai terus terpegun sebab dekat area bilik kami pemandangan nya sangat amazing. Dengan ade nya gua ke gunung ke aku tak tahu laa. Tapi sangat amazing tau. Masuk saja bilik kami rehatkan diri. Mandi solat kemas-kemas apa-apa yang patut.




< Tok Tok Service




                          Pemandangan luar bilik kami >





Lepas rehat kami sewa motor. Teruja tengok motor die comel sangat. Hahaha. Better korang sewa motor untuk 1 hari daripada sewa ikut jam. Sebab 1 hari murah sikit dari ikut jam. Sebenarnya kejap je nak guna motor. Saje je nak rase naik motor kat sana. Tapi rasenya berguna juga kami sewa motor. Hahaha. 1 bandar Aonang kami pusing. Terkaku melihat keindahan pantai kat sana. Itu baru pantai Aonang belum yang lain lagi. Huhuhu. Lepastu kami cari pakej untuk aktiviti esok esok dan esok nya. Haha. Sumpah tak tipu berlambak bersepah pakej dekat sana. Korang tinggal cari yang murah je. Setiap tempat yang korang nak pergi mereka yang akan ambik dan bawak pulang kat hotel korang. Korang tinggal duduk diam-diam kat lobby hotel korang sampai depa sampai. Hahaha. Dah selesai cari pakej semua, kami isi perut. Lapar teruk wei 1 hari tak makan. Hahaha.



Dinner Kami
( Somtam,Tomyam & Ice Teh Thai )





Lepas makan hati pun gembira. Hahahaha. Comel kan motor.


Dah tangkap gambar semua, balik hotel balik untuk solat. Lpas itu keluar balik. Hahaha. Dah sewa motor 1 hari rugi tau tak gunakan sepenuhnya. Hahaha. Ingat nak cari pancake tapi tak jumpa. Sedih. Takape, esok boleh cari lagi. Haha. Sampai naik motor nak ke Bandar Krabi haa kami nak pergi nasib gelap bile nak ke sana jadi kami patah balik. Setiap lorong yang kami jumpa masuk. Haha. Saje je suka-suka, minyak pun banyak memang best la bawak. Hahaha. Nampak je tempat cantik, berhenti ambik gambar pastu sambung naik motor. Sambil-sambil korang naik bawak motor, korang boleh saje nak ambik video. Tak ade hal laa tak ade sape nak hon nak saman. Hahaha. Jalan kat sana tak sunyi tau. Sebab betul-betul tengah bandar. Kiri pantai kanan penuh deretan kedai untuk beli cenderhati. Kedai kat sana pukul 9 lebih dah tutup tau. Lepas itu jadi sunyi sepi yang tak sunyi BAR mereka. Hahaha. Mat salleh ramai, rugi kalau BAR tutup awal. Hahaha.







Jalan-jalan tengok apa mereka jual. 








Dah penat jalan pusing Bandar Aonang, lepak dekat pantai. Ramai juga yang duduk lepak-lepak tengah malam kat situ. Kalau lepak sambil makan pancake kan seronok. Hahaha, Dah puas bergambar kiteorg pun balik lepak kat hotel lobby. Hahaha. Wifi tak sampai kat bilik, jadinya lepak laa kat lobby. Kes nak jimat quato internet sim yang kami beli. Padahal, tak habis guna haa sampai hari last kami.Internet dieorang tak macam kat Malaysia tau. Tengah laut pun ade line tau. Hahaha. Dah puas ber-social network balik bilik. Tidur awal esok nak bangun awal sebab van datang ambik pukul 8. Hahaha. Zzzzzzz.



Lepak tepi pantai Aonang.


Ini untuk first day aku. Nanti teman sambung update lagi okay. Untuk budjet ke sana, aku dah update lama dah. Korang boleh clik kat sini. > Baca Sini . Harap dapatlah membantu korang yang nak pergi Krabi. Semoga ke temu lagi. Daaaa

Waalaikumsalam.





Comments

Popular Posts