Travelog Thailand : Phranang Cave Beach, Railay

Assalamualaikum.


HARI KETIGA / 22.08.2017

Untuk aktiviti hari ketiga actually tak ada apa apa plan nak kemana dan tetiba abang ipar rasa macam nak santai santai lepak pantai  dan kebetulan makcik warung tempat kami sarapan memang buat perkhidmatan ke pulau. Jadinya pergila kami ke pantai. Kami guna private services. Cuma kami berlima dan kemudian ada orang Malaysia laki bini makan kat situ dan makcik offer kat mereka juga. Jadinya kami bertujuh sekali makcik dan pemandu boat jadinya 1 boat tu ada 9 orang. Agak mahal sikit untuk private boat nie tapi selesa la. Harga pulak 1000 bath untuk seorang. Kanak-kanak free. 

Sementara tunggu orang datang ambik untuk ke tempat boat tu kami beli makanan minuman apa yang patut untuk ke pulau. Jangan lupa untuk beli roti boleh bagi ikan makan. Bermula perjalanan kami ke Pharanang Cave Beach, first stop. 




Phranang Cave Beach, Railay
Aku tak pernah pergi pun pulau nie. Dulu pun pulau nie tak masuk dalam pakej kami. Tapi pulau nie memang cantik dan unik dan ada macam macam aktiviti korang boleh buat kat sini antaranya daki gua untuk tengok viewpoint & lagoon . Ramai mat saleh yang Q untuk naik. Tapi kalau mental dan fizikal tak kuat lebih baik korang duduk diam hahaha sebab memang curam juga tempat pendakian nya. Kat sini ada juga orang jual buah buahan serta minuman juga kalau tak silap ada hotel jadi kalau ada bajet lebih boleh la bermalam kat sini. 



Pulau ini juga ada port yang tersembunyi dan sangat cantik dan unik untuk korang pergi. Apa yang uniknya adalah sepanjang perjalanan nak ke port tersembunyi ini korang akan lalu gua gua yang tergantung berserta sejarah tempat tersebut. Boleh ambik gambar dan rehat kalau penat. Ada disediakan kerusi kalau kalau pelancong penat berjalan. Gua ini yang aku kata kan ada aktiviti untuk mendaki bagi melihat viewpoint & lagoon. Kalau tak ikut kakak aku, aku rasa aku dah sampai atas tu kot. Hahaha. Sesungguhnya saya suka aktiviti lasak dan mencabar. Lama juga kat sini sebab nya kami mandi dan anak buah main pasir apa lagi mereka nak buat kan. Hahaha. 



Antara view gua disepanjang jalan nak ke port tersembunyi. 


Chicken Island
Seterusnya kami ke Chicken Island. Ini port untuk snorkeling tapi sebab malas nak snorkeling jadinya kami bagi ikan makan. Serius banyak sungguh ikan kat sini. Tak sia sia bawak banyak roti. Campak je dalam laut, beribu ribu ikan datang makan. Kat sini pun kami mandi kejap sebab anak buah yang sorang tu kepenatan ketiduran. Dah ambik gambar puas mandi dah habis roti bagi ikan makan, pulang la kami ke hotel. Hahaha. 



Dah puas berehat petang tu aku jalan berdua dengan anak buah aku. Konon dating laa hahaha. Belikan die pancake dan air kelapa balik hotel lepak lobby sambil makan dan nikmati waktu senja kat sana. Rupenya kakak aku dan laki nya pun dah keluar melepak haha. Berjalan cari kedai makan untuk malam terakhir kami di sini. Makan kat warung kecil dan kebetulan die ada juga buka kedai lukisan. Sangat cantik lukisan yang di lukis dan harga nya boleh tahan juga. Dah kenyang makan jalan-jalan naik motor pulak pergi kawasan kedai kecil jual makanan. MasyaAllah macam macam makanan ada jual. Rambang mata tengok. Hahaha. Dah pusing pusing so balik hotel tidur tapi kakak dan abang ipar pergi urut. Malam last la katakan. Enjoy.....



Pancake untuk last night nie memang sedap gile dari sebelum sebelum nie aku makan. 
Kerabu mangga die pedas berdesing telinga , mintak lagi pedas haha tapi overall terbaik sedap. 





Bersambung~


HARI TERAKHIR / 23.08.2017
Flight petang, pagi sebelum nak ke airport kami sempat jalan jalan untuk beli apa apa yang patut, sebelum itu kami breakfast dulu. Pagi pagi lagi kami dah makan padthai dan somtam. Finally dapat juga makan somtam dan padtahi yang sedap. Seriusly sedap lazat terbaik. 


Selesai makan van yang bawak kami datang tapi bukan terus ke airport kami ambik pakej untuk ke tempat shopping yang lagi murah. Tidak tahu mana die bawak kami, tapi memang murah tempat shopping yang dia bawak kami. tshirt budak korang boleh dapat dengaan harga 30 bath saja. 


Dah selesai shopping kakak mintak dyeorg bawak ke pasar yang ada jual pes tomyam, green tea atau thai tea. Pasar mereka sebijik macam pasar kat Malaysia. Tak ade beza pun. Hahaha. Dah puas jalan dah jumpa barang apa yang nak di beli. Terus gerak ke airport. Holiday dah habis. Hmmmm






Alhamdulillah selamat sampai Malaysia pada pukul 8 malam. Trip kali ini best sebab free hahaha dan banyak rupa nya tempat yang korang boleh pergi di Krabi ini. Aku puas sebab trip kali ini banyak juga tempat yang aku tak sempat cover untuk first trip tahun 2015 dulu. Dan sekarang memang banyak aktiviti yang korang boleh buat sebab pakej mereka dah ada pelbagai antaranya ATV, zipline dan macam macam lagi. Fuhhhh tergugat iman. Macam kena repeat lagi je. Hehehe. Akhir kata, Krabi memang BEST !



TAMAT~

Comments

Popular Posts