Jalan Jalan Krabi

Assalamualaikum.

                                 
 HARI PERTAMA / 20.08.2017

Ini trip kali kedua aku ke Krabi. Kali nie aku ikut kakak aku jalan jalan krabi. Trip kali nie banyak makan, banyak jalan banyak santai. Pergi 5 orang termasuk anak buah aku 2 orang. Untuk bajet maaf tak dapat nak tolong sebab kali ini punya trip di sponsor. Hahaha. Tapi boleh rujuk blog yang aku pergi mula-mula hari tu tahun 2015. Hahaha.

Sampai Airport Krabi pun dah petang. Terus check in hotel. Kami duduk di Comfort Hotel di kawasan Ao nang. Lepas masuk bilik rehat kejap pastu lepas maghrib keluar cari makan. Sewa van untuk ke night market. Yang best untuk trip kali kedua nie, aku dapat juga rasa night market. Trip hari itu tak dapat pergi sebab aku pergi hari isnin-jumaat. Night market pulak buka jumaat - ahad. Dah pusing-pusing night market tu pergi makan kat kedai yang berdekatan. Lepas 2 jam gitu, van datang ambik. Untuk aktiviti esoknya abang ipar dah booking untuk ke trip Elephant Tracking, Hot Spring dan Emerland Pool. 

View from my room

Bersambung~


                                                                  HARI KEDUA / 21.08.2017

Van datang ambil pukul 9 pagi jadinya sebelum van datang ambik keluar hotel awal untuk sarapan. Sarapan kat warung tepi jalan je. Lagipun bersepah kedai makan halal yang korang boleh jumpa kat Pekan Aonang ini. Korang boleh juga beli roti kat family mart atau 7 eleven. Sesungguhnya sangat senang untuk di temui. Hahaha. Tunggu punya tunggu van pun sampai, 2 jam perjalanan untuk ke hot spring. Punya jauh, kematu bontot duduk lama lama dalam van. Haha.


Hot Spring Waterfall
Untuk masuk ke dalam hot spring korang ada 2 pilihan sama ada untuk naik mini bus atau jalan kaki. Dulu tak ade perkhidmatan ini gigih la jalan. Bukan dekat, jauh kot hahaha. Jadinya sebab ade kanak-kanak jadi kami pilih untuk naik bus mini. Kat sini tak mandi pun cuma rendam kaki dan kakak aku pergi urut. Menyempat saja. Haha. Ramai mat saleh yang mandi, seksi lagi seksa aku tengok. Alaaa bagi mat saleh kan perkara normal perkara biasa. Hehe

Emerald Pool & Blue Pool 
Seterusnya kami di bawa ke Emerald pool dan Blue Pool tapi tak masuk pun cuma lepak dan jalan jalan tengok kedai kat kawasan luar nya. Jenuh masuk kalau ada kanak-kanak sebab jarak nak masuk ke dalam amat amat amat la jauh lagi lagi kalau nak ke blue pool. Sekali dengan hutan kau kena redah. Sebab aku dah pernah pergi jadinya tak rasa rugi pun kalau tak masuk. Tapi bagi mereka yang baru pertama kali pergi diwajibkan untuk tengok dan lihat sendiri keindahannya. Sangat teruja terpegun kalau korang sendiri tengok.


Krabi Safari Elephant Trekking
Maka tiba la masa yang dinanti nantikan oleh anak buah aku iaitu naik gajahhhhh. Tapi untuk route kali ini memang the best, more adventure dari yang mula mula aku pergi. Laluan air, naik bukit turun bukit dan macam macam lagi. Lama pun lama memang puas. Anak buah aku memang suka sangat. Budak budak kan walau takut masih berani nak naik. Lepas naik gajah korang boleh beli pisang untuk bagi gajah makan. Rasa sendiri pengalaman bagi gajah makan. Best. Selepas itu kami dihidangkan dengan buah nenas yang manis lagi sejuk. MasyaAllah sangat sangat sedap manis.

Maka selesai aktiviti hari kedua kami. Lepas itu apa lagi aktiviti bebas. Abang ipar beli makanan bungkus makan kat hotel. Sedap juga makanan yang abang ipar aku beli. Banyak pun banyak. Dah kenyang rehat kejap malam sambung berjalan tengok keindahan Pekan Aonang pada waktu malam. Malam itu makan memang makan besar dengan ikan siakap bagai. Kenyang nya jalan cakap sampai tak mampu nak jalan. Lepas makan boleh pulak melantak aiskrim roll perisa strawberry sebab anak buah aku suka colour pink hahaha dan durian. Memang sedap fresh rasa original buah nya. 


Dah puas jalan dan tak tahu nak buat apa jadinya aku dan kakak aku pergi urut. Spa urut sebelah hotel aku je memang boleh urut setiap malam. Haha. Kakak aku urut muka dan asah kaki apa benda ntah, aku urut 1 badan. Die urut jangan cakap laa memang sedap, ringan badan lepas dapat urut 1 badan tidur pun lena je malam tu. Korang boleh mintak nak perlahan atau kuat. Bagi aku cukupla perlahan sebab perlahan die dah cukup bagi badan aku yang tak berapa nak ade isi nie. Dah urut tetiba lapar, sempat beli pad thai kat warung tepi jalan. Makan dalam kekenyangan dan keringanan badan~




Bersambung~

Comments

Popular posts from this blog

Cameron Highland, Malaysia

Phranang Cave Beach, Thailand