Travelog Malaysia : Jelajah Cameron Highland, Malaysia

Assalamualaikum.

Asyik cerita negara orang saja, jadi kali ini aku nak ceritakan pengalaman bercuti di negara sendiri iaitu dah semestinya MALAYSIA. Trip kali ini semua perempuan 3 orang termasuk aku. Kami pilih Cameron Highland. Dan kami lantik seorang bendahari dan kumpulkan RM200 seorang. Jadinya, RM600 untuk kami bertiga belanja di Cameron Highland selama 2 hari 1 malam. Adakah cukup ? Nak tahu ? Lets go babe




HARI PERTAMA / 15.10.2017

Kami gerak dari Tg Malim dan kami tak lalu laluan Tapah sebab laluan itu agak berbahaya dan kami taknak ambil risiko dan sebab lain adalah nak singgah Green View Garden. Berikut adahlah tempat-tempat yang kami pergi selama 2 hari 1 malam di Cameron Highland, Malaysia. 


1. Green View Garden 

Kalau korang lalu Simpang Pulai. korang akan jumpa tempat ini. Kira macam first perhentian yang wajib korang berhenti. Sebab menu makanan kat sini sangat sangat sangat menarik dan sedap juga lazat untuk korang cuba. Kat sini juga ade taman lavender, strawberry dan ada juga aktiviti untuk kanak-kanak. Kat sini kami makan dan bergambar. 


Salad Strawberry wajib cuba. Terbaik
Harga : RM52.70








Dah kenyang dan puas bergambar kami teruskan perjalanan. Terus ke Brinchang untuk check in hotel. Kami stay kat Hotel Golden Wings. Hotel kami betul betul di tengah pekan Brinchang. Kiri kanan depan belakang penuh dengan kedai. Facilities memang tip top. Hotel pun bersih cuma toilet kecil sangat. Kawan mandi, melimpah air ke luar. Hahaha. Lepas check in, rehat solat bersihkan diri then apa lagi chow cari makan lagi. Hahaha. Book Hotel click untuk dapat 10% diskaun hotel.


2. Big Red Strawberry Farm 

Seterusnya kami cari makan kat sini pulak. Tempat ini juga tempat wajib untuk korang lawati dan pergi sebab macam macam ada kat sini. Dari bunga, buah-buahan, sayur sayuran serta makanan catcus pun ada juga tau. Kat sini juga macam biasa kami makan ambik gambar usha bunga bagai. Kami sampai sini pun dah petang, banyak menu dah habis order mana yang ada saja. Kalau nak datang sini sila datang pagi atau tengah hari tapi agak sesak dan kena Q kalau nak beli makanan. 





Tea Time
Harga : RM23.80



Segar sangat. Geram lahai tengok.


3. Pasar Malam Tanah Rata. 

Untuk pengetahuan korang, pasar malam sebelum nie berada di Brinchang. Tapi sekarang dah tukar tempat ke Tanah Rata. Sebelum nie aku pergi dah pasar malam Brinchang. Bagi aku pasar malam yang sekarang iaitu di Tanah Rata dari selesa dan banyak gerai yang ada. Kat sini cuma jalan jalan usha usha. Kat sini kiteorang beli bunga wangi, buah jambu epal buat makan sambil jalan dan keychain. Tak makan berat berat sebab plan nak makan steamboat. 


Sumber : Google

4. DeBamboo Steamboat & Grill

Sebelum sampai sini, kami ada pergi stemboat yang konon viral. Rupa nya indah khabar dari rupa. Harga yang ditawarkan tidak sama sekali sesuai dengan menu dan lauk nya. Biarla tempat itu menjadi rahsia kami bertiga. Hahaha. Jadinya dah kecewa tapi nak juga makan steamboat, gigih cari buka facebook search steamboat yang ada yang sini. Akhirnya jumpa. Harga pun berpatutan. Tempatnya agak tersorok sikit. Not bad banyak pilihan. Merasa juga nak makan steamboat dalam cuaca yang sejuk. Memang terbaik dinner kami. Jadilaaa dari tiada........ 


Harga : RM28.00


Selesai hari pertama kami. Alhamdulillah masih bertenaga hingga ke malam dan pesan aku cuaca sejuk di sini boleh tahan sejuk juga. Haha. Kat bawah ini aku listkan duit yang telah kami leburkan untuk hari pertama. Harap dapat bantu mereka yang nak ke sini. 

  • Minyak:                                                        RM44
  • Tol Tg Malim - Tol Simpang Pulai:                    RM15.80
  • Makan di Green View:                                    RM52.70
  • Hotel Golden Wings:                                      RM108/semalam
  • Aiskrim Malaysia Strawberry                           RM5/3pcs
  • Jambu Epal:                                                  RM5
  • Hi Tea, Big Red Strawberry                             RM23.80
  • Stemboat                                                      RM84/3 orang 


TOTAL hari pertama : RM338.30

Masih berbaki RM261.70 untuk dihabiskan esok. Adakah misi RM600 kami berjaya ? Teruskan membaca. Bersambung~


HARI KEDUA / 16.10.2017

Hari kedua kami di sini tak banyak tempat yang sempat kami terjah. Sebabnya jalan jem dan tersinggah tempat yang tidak sepatutnya diterjah sampai tak sempat nak pergi ladang Teh Boh yang agak famous di sini. Ok, nangis kejap. Hahaha. Pagi nie jam 930 dah check out hotel sebab nak jalan sampai muntah. Lets go to explore. 


5. Teh Valley House Cameron Highland.

Untuk sarapan pagi di Cameron Highland kami pilih untuk ke sini. Gigih member cari ladang teh yang berdekatan dengan hotel dan akhirnya jumpa. 4.5km gitu dari pekan Brinchang. Kira itu paling dekat kalau nak bandingkan dengan ladang teh yang lain. Kat sini sarapan lepas itu turun ladang teh untuk sesi bergambar laa apa lagi. Hahahaha. 


Breakfast acah acah mat saleh gitu
Harga : RM32.10





Sambil sambil nak ke tempat seterusnya kami singgah kejap kat signboard CH tepi jalan. Dah la masa tu tengah jem memang ramai je orang perhatikan kiteorang. Tapi kisah pulak kiteorang janji tak kacau sape sape. Hahaha. Gigih panas panas bergambar. Hahaha. 




6. Pasar Cameron Highland.

Tempat persinggahan seterusnya kami pergi ke pasar. Korang akan jumpa pasar ini kalau korang lalu Simpang Pulai. Dan pasar ini juga punca jalan jem. Makcik pasar nie yang bagitahu k. Hahaha. Sini laa tempat kami beli macam macam. Beli strawberry, ubi keledek, jagung, teh dan banyak lagi untuk bawak balik rumah. Lepastu berjalan sambil makan. Kat sini korang jangan lupa untuk beli ubi keledek rebus dan jagung kukus/bakar juga aiskrim. Sangat sedap. Harga pun berpatutan. 


Ubi keledek
Harga : RM5/2plastik


Harga : RM5.00


Jagung kukus/bakar
Harga : RM4/sebatang


7. Cameron Lavender Garden

Nak masuk sini kena bayar ok. Bukan free bukan main terjah saja. Haha. Masuk harga RM10 untuk dewasa tapi harga untuk kanak-kanak saya tidak pasti. Kat sini macam-macam bunga orang boleh temui. Seriusly cantik kembang bunga warna nya sedap je mata memandang so amazing laa. Ada 2 tingkat. Tingkat atas pun ada tanam bunga dan boleh bergambar juga macam macam aktiviti korang boleh buat kat sini. 










Aiskrim Lavender
Harga : RM6.00


Tamat sudah jelajah kami di Cameron Highland. Tapi kecewa sebab tak sempat pergi ladang teh boh gara gara terlajak tempat then nak patah balik pun waktu dah petang bahaya turun dalam keadaan jalan yang gelap. Lagi lagi kami semua perempuan. Agak kecewa masa itu baru ingat nak habiskan semua duit kat situ. Huaaaa semua gara gara BEE FARM. Tempat yang tak patut kami singgah hahaha ishhhh geram. Hahaha. 




Jadinya balas kekecewaan dengan ini. Haha
Harga : RM51.70


Aiskrim Malaysia. Sedap dan lembut
Harga : RM5/3pcs



  • Minyak :                                                                  RM43
  • Tol (isi TnG) :                                                           RM10
  • Teh Valley House :                                                    RM32.10
  • Pasar (keledek,jagung dan aiskrim ):                         RM22
  • Laverder Garden:                                                     RM30/3person
  • Aiskrim Lavender:                                                    RM6
  • Aiskrim Malaysia :                                                    RM5/3pcs 
  • Dessert :                                                                 RM51.70

TOTAL hari kedua : RM199.80

TOTAL KESELURUHAN : RM338.30 + RM199.80 = RM538.10

Siapa kata tak cukup bawak RM600 untuk 3 orang. Siap ada lebihan baki lagi tau. Kami berjaya hahahaha. Betul-betul bajet mungkin. Hahaha. Tips beli 1 share 3 orang sebab kalau beli 3 untuk 3 orang membazir sebab tak semua sedap di tekak masing-masing. Contoh macam aiskrim lavender. Cukup beli 1 share 3 orang. Rasa macam perfume. HAHAHAHA. Tapi jangan semua makanan korang share. Mana rasa sesuai untuk share korang share. Jangan pulak korang share aiskrim malaysia 3 orang memang aku cepuk korang hahahaha. 



The End... 

Comments

Popular Posts