Budget Ke Krabi, Thailand

Assalamualaikum.

Masih dalam mood kat Krabi lagi laa. Sob sob sob.
Memandangkan cuti semester lame sangat so plan laa nak pergi Krabi, Thailand. Booking tiket flight bulan 2 perginya bulan 5. Haha. 18 -22 May iaitu minggu lepas seminggu aku kat bumi Krabi, Thailand. Rase tak percaya pun ade juga. Sebab holiday berdua dengan kawan je. Selalu dengan family. Haha. Berani tak berani, gagahkan juga la.

Bagi aku, seronok holiday kat Krabi. Suasana nya yang wow, sangat teruja bile first time tengok pandai Ao Nang nya. Itu baru pantai Ao Nang, belum Phi Phi Island & 4 islands lagi.

Memandangkan ramai yang tanye aku pasal bajet pergi sana, so aku gigihkan juga laa update pasal bajet ke Krabi nie. Dalam rm1k juga laa habis. Tapi hotel aku, ade yang sponsor, so ringan sikitlaaa beban yang dipikul tu. Haha. Thank you tunang Along, sponsor hotel. Muah ciked.

First tiket flight. Kalau nak murah, korang tunggulaa Airasia buat promosi. Promosi dieorang buat, meletup-letup. Tapi aku dapat RM191 pergi/balik. Kira murahlaa tu, tapi korang boleh dapat lagi murah. Nak naik ktm pun boleh. Tapi leceh sikitla.

Hotel pulak aku duduk kat Adam Bungalow. 5 hari 4 malam. Harganya RM201/1800bath. Kira murah laa tu. Selesa. Suasana pun aman damai tau. Even kipas bukan aircond, tapi bile malam, gigih juga laa tarik selimut. Hahaha.

Pakej pulak, korang xpayah nak usha kat airport. Kat Airport mahal. Usha je kat Bandar Ao Nang. Berlambak-lambak sampai korang pun tak tahu nak pilih yang mane. Hahaha. Pakej aku dalam 2400bath dalam RM250.

Pakej nie merangkumi :
4 Islands Tours
Phi Phi Islands
Hot Spring, Emerld Pool, Blue Pool & Elepant Trekking.
Lunch disediakan.
Van ke Airport untuk last day kite.

Murah kan ?

Korang cuma sediakan duit untuk sarapan & makan malam. Harga makanan dyeorg xadela mahal sangat. Kena pandai cari yang murah-murah juga sedap.

Shopping ? Wow , Gile taknak shopping kat sini. Rambang mata tengok barangan dyeorang. Tapi harganya sama je macam kat Malaysia. Takade murah sangat. Kepada sesiapa yang suka shopping tu, rasenye kena laa bawak duit lebih sikit. Memandangkan nie holiday bajet kiteorg, so xade shopping sangat. Cuma beli buah tangan sikit je. Lagipun niat taknak shopping pun. Saje holiday tenangkan fikiran sebelum class bermula.

Aku tukar separuh kat Malaysia RM501.40 aku tukar kat Malaysia. So dapat dalam 4,600bath. Tolak duit hotel tinggallaa 2,800bath untuk aku bayar pakej, duit tambang bus makan malam. Lagi RM290 aku tukar kat Krabi. Better korang tukar sikit kat Malaysia sikit lagi kat Krabi. Sebab kat sana murah sikit harga mata wang dyeorg. So, aku akan totalkan semuanya.

Flight : RM191
Hotel : RM201
Pakej : RM250
Shopping, makan malam, sarapan, tambang bus pergi ke Bandar Ao Nang, lain-lain: RM340

Totalnya : RM982/person

Memandangkan hotel ade yang sponsor, so total aku holiday aritu cuma RM782/person. Hahaha.

Ok tak ? Bagi aku okaylaa. Tapi kalau nak murah lagi, better pergi beramai-ramai.

Cukuplaa nie tips bajet dari aku. Hahaha. Ini cuma bajet. Nanti ade masa, aku update pasal aku kat sana pulak. Seronok tak seronok, meriah tak meriah, just wait k.

Aku kongsikan beberapa gambar.
Jumpa lagi. Thank you. :-)

                                                           
 Tuk tuk Service. Haha.
                                                             


Bilik hotel kami.


Tiket Flight, Duit Thailand & My Passport


Suasana luar Hotel Adam Bungalow.
Cantik kan ?

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan Krabi

Cameron Highland, Malaysia

Phranang Cave Beach, Thailand