Nuffnang Ads

Thursday, April 07, 2016

Travelog Thailand : Phi Phi Island & Emerald Pool

Assalamualaikum.

Ok, kali nie aku nak sambung update pasal trip ke Krabi. Walaupun dah nak hampir setahun pegi tapi still tak habis lagi story aku gigihkan juga nak update. Hehe. Maafi beta. ;-). Kali nie aku akan story habis. Dari hari ketiga sampai hari keakhir aku kat sana. Memandangkan saya busy women, so better update terus. Hahaha. Mana tahu lepas ini nak travel mana-mana boleh laa update. Hikhokhikhok.

Hari Ketiga - (Phi Phi Island)

Ikut pakej kami, hari ketiga kami pergi ke Phi Phi Island. So beautiful. Seriusly aku tak tipu. Phi Phi Island ini perjalanan nya agak jauh sikit dari 4 Island, so nak pergi Phi Phi Island better naik Speed Boat. Banyak juga Island yang kami singgah antaranya , Monkey Beach, Maya Bay, Lohsamah, Viking Cave and Pileh Bay. Ada 1 tempat yang memang khas untuk pelancong nak snorkeling sebab air nya sangat jernih, boleh usha ikan dengan jelas. Hahaha. Untuk lunch pulak, aku lupa kat mana tempat nya. Tapi tempat itu memang telah disediakan untuk kami lunch.Kira macam tempat singgah bagi pelancong yang ambil pakej ke Phi Phi Island. Makanan nya bermacam aneka, dari ringan sampai ke berat. Macam kat hotel gitu. Tapi memang sedap laa dan insyaAllah halal. Don't worry. Ok, kalo nak story satu satu pulau memang akan panjang laa jadinya so, aku kongsikan gambar saja laa. Hehehe.



Maya Bay



Selfie dengan monyet kejap. 

Maya Bay
Maya Bay memang cantik pun. 



Pulau tersembunyi di Maya Bay. 
Hahaha


Selfie 1 kali. Hihihi. 






Menyelam sampai kembang jari jemari. 




Macam itu la rupa speed boat
Tapi serius terseksa duduk depan tu even best juga . Haha. 






Setelah jelajah Phi Phi Island, macam biasa kami di hantar pulang ke hotel masing2. Dah sampai hotel rehat mandi solat tidur semua, lepas maghrib baru keluar cari makan. Makan malam untuk hari ketiga nie agak meriah sikit. Hahaha, Kalau dah datang Krabi, jangan lupa minum coffee asli mereka. Fuhhh gerenti puas hati. Sedap hoiii. Lepas makan, macam biasa jalan-jalan buang masa. Tidur awal, esok last trip at Krabi, Thailand.


Pulut Manga, Padthai, Green Tea and 
coffee beli kat makcik tepi jalan. Haha



Hari Keempat - (Hot Spring Waterfall, Elephant Trekking, Emerald Pool)

Untuk pakej hari keempat kami, kami pilih untuk ke aktiviti darat. Macam Elephant, Hot Spring and Emerald Pool. Kali ini naik van. Sangat selesa, aircond kuat. Masuk je van dalam 10 minit gitu terus lelap. Hahaha. Jauh juga laa perjalanan nya. First sekali kami pergi ke Hot Spring. Ingatkan kat Malaysia je ade hot spring rupenya kat Krabi pun ada. Hahaha. Tak mandi pun sebab #benderamerah. Hahaha. Cuma mampu rendam kaki. Lagipun diaorang bagi kami masa dalam 1 jam. Jadinya bergambar je la kami mampu lakukan. Then lepas tu pergi ke Elephant Trekking. First time wei naik gajah. Seram ada seronok ada. Slow slow gajah tu bawak kami. Sempat lagi gajah itu berendam. Hahaha. Dah selesai naik gajah, perjalanan diteruskan ke Emerald Pool. Sedih wei tak dapat mandi kat Emerald Pool. Pandang orang yang mandi dengan muka tak puas hati. Hahaha. Macam biasa, mampu rendam kaki lagi. Hahaha. Syok je aku tengok dyeorang berendam sume. Dah puas rendam kaki bagai kami pun pergi laa tengok Blue Pool. Blue Pool nie area Emerald Pool cuma kena jalan sikit ehh tak, kena jalan banyak sikit masuk hutan baru korang akan jumpa Blue Pool. Hahahaha, Serius nak masuk Emerald Pool pun bukan main jauh lagi, pastu tambah lagi nak ke Blue Pool. Semput kak, dik oii. Hahaha. Tapi dah penat lelah kau jalan, lepas tengok Blue Pool, rase nak menangis dan hilang penat kau lepas tengok keindahan Ciptaan-Nya. Cantik serta unik. Korang oleh search google untuk tahu sejarah Blue Pool. Sebab saya dah lupa. Hehehehe. Dah selesai semua sekali makan lunch, maka bertolak pulang ke hotel. Rehatkan badan semua.




Please bagitahu Blue Pool
bape km. Hahaha 







Hot Spring.
Mat salleh blkng tu pun turut sama selfie. 
Hahaha. 


Emerald Pool. 


Emerald Pool
Agak dalam. Hikhokhikhok. 






Amazing
Blue Pool.


Laluan nak ke Blue Pool



Hai gajah, 
Terima kasih bawak kami jejalan. 


Malam terakhir kat Krabi. Sedihnya nak tinggalkan bumi Krabi. Rasa macam nak tinggal situ je. Hahaha. Malam sikit kami keluar pergi cari makan sebab perut berbunyi teruk dah. Hahaha. Malam nie makan agak santai dan simple saja tapi sedap Haha. Dah selesai makan, bershopping sakan la kami. Belikan cenderhati untuk family dan kekawan. Huhuhu. Lagi2 dapat tahu airport krabi tak kenakan cas, laju-laju habiskan duit tapi simpan sikit untuk beli breakfast esok hari. Hahaha.


Dinner last night at Krabi.


Malam terakhir, kena lah kemas semua barang-barang. Sebab esok flight kami bukan main awal lagi. Pukul 0715 pagi. Van datang ambik pukul 0640 pagi. So, memang kena kemas malam itu juga. Ok, sambung keesokkan hari.


Hari Terakhir.

Sedar-sedar bangun-bangun tengok jam pukul 0630 pagi. Kau bayangkan pukul 0640 pagi orang itu nak ambik kami tapi 0630 pagi baru terjaga. Hahaha. Terus melompat dari katil haa. Terus kejutkan member. Apa lagi, member mandi aku kemas, aku mandi member kemas. Hahaha. Serius dalam kepala takut kena tinggal flight je. Hahaha. Dalam 10 minit kena bersiap berkemas bagai. Selesai je semua tinggal kunci dalam bilik, kami pun keluar bilik. Keluar-keluar je bilik, ada seorang laki dok cari sesuatu. Rupanya die pemandu kami ke airport. Tengah cari bilik kami. Patutlaa time adjust pakej, orang itu mintak no bilik. Rupenya untuk kes-kes macam nie mungkin. Sumpah wei lawak. Hahahaha. Benda yang aku tak mungkin lupakan. Hahahaha. Alhamdulillah everything okay. Sampai je airport terus pergi toilet betulkan shawl. Almaklumlahh dah lambat, memang sengit-sengit lah shawl aku. Dengan muka terbakar lagi. Hahaha.



Suasana pukul 0640 pagi at Krabi.


Muka terbakar bakhang. 




So, Selamat Tinggal Krabi, Thailand. Ada rezeki InsyaAllah kita bertemu lagi. Thank you bagi yang sanggup tunggu last part dari aku nie. Hahaha. Zzzzzz. Untuk previuos part, boleh click link kat bawah nie. Harap-harap dapat membantu korang, Daaaa

Waalaikumsalam.

See You Again









No comments:

Post a Comment

Jangan la singgah je,,
Marilah komen wahai si comel sekalian..