Ho Chi Minh City

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....




Memandangkan cuti mid sem seminggu nie tak buat apa-apa, jadinya aku dengan senang hati nya nak sambung cerita pasal percutian aku di Vietnam tempoh hari.....

Bus dari Dalat - Ho Chi Minh City gerak jam 12 malam. Masuk bus celik mata kejap je lepastu masing-masing dah di buai mimpi indah. Serius tak sedar apa, bus tu berhenti ke tak yang sedar bile bangun2 je dah sampai Ho Chi Minh. Hahaha. Jam pun dah pukul 530 pagi.

Kali nie bus nie tak bawak kami ke bus station tapi terus ke bandar Ho Chi Minh. Turun je bus korang tak payah risau sebab bersepah taxi tengah tunggu. Waktu tu pun keadaan dah sibuk dengan motor. Orang nak pergi kerja sekolah kan. Itu yang sesak. Waktu mereka dengan kita tak sama. 530 pagi kite sedap lagi tidur tapi kat sini takade nya, dah sesak dengan kereta,motor, bus dan segalanya laa. Hahaha. Dari bus tu kami ke hotel dengan jalan kaki je. Itupun ade orang yang tolong tunjukkan. Mula-mula tu risau gak nak ikut die. Memang nekad nak naik taxi tapi orang tu kata, hotel kami nie dah dekat. So, kami pun follow je orang nie. Macam-macam yang kami fikir dalam kepala nie. Risau orang nie cas lebih la itu laa ini laa. Sampai je depan hotel orang tunjuk dah terus beredar pergi...... Arghhhhh rasa macam jahatnya kami fikir bukan-bukan. So, nak pesan, tak semua orang kat Vietnam nie ada niat yang tak baik tau. Tapi tetap kena berwaspada k. CHILL~

Masuk sahaja hotel, hotel gelap sebab tak buka lagi. nak check in awal pun tak boleh sebab time tu bilik full kena tunggu jam 12pm baru boleh check in. Kat Ho Chi Minh City kami stay kat Bali B Hotel. Not bad laa hotel nie. Lift semua ada. Selesa pun selesa cuma service je tak berapa nak okay. Haha. Sementara tunggu pukul 12pm tu kiteorang rehat kejap kat ruang menunggu. Jam 9 pagi macam tu bosan sangat tak tahu nak buat apa so kami decide nak pergi jalan kat Pasar Ben Thanh. Yelaaa nak tunggu jam 12 memang mereput then buang masa je nanti. Hahaha. Beg sume kami tinggalkan kat hotel tu, orang hotel tu bagi. Just bawak barang berharga saja. Dari hotel ke Pasar Ben Thanh itu kami naik bus. Sebenarnya tak tahu pun nak naik bus ke sana tapi kiteorang main redah je hahaha. Tunggu je kat bus stop. Bus dah laa banyak, memang setiap kali bus benti kami tanye pergi ke Ben Than tak. Bile cakap pergi, apa lagi terus naik laa. Sebenarnya tak jauh pun tapi lotih wei nak lintas jalan. Hahaha. Harga cuma Vnd 5K. Bus tu benti kat bus station besar di tengah-tengah kota. Station tu depan Pasar Ben Thanh je, jalan kaki kejap sampailaa. Maka shopping laa kami.......




Pasar Ben Thanh

Pasar Ben Thanh nie macam-macam ada jual. Dari barang kering sampai barang basah. Pasar Ben Thanh nie aku just beli souveir. Sebab bagi aku night market die lagi murah. Nasib malam first tu dah usha harga, kalau tak habis duit kat Ben Thanh je laa. Lepas dah pusing-pusing Ben Thanh kami teruskan pergi Saigon Square. Saigon Square dekat je dengan Pasar Ben Thanh nie. Jalan kaki pun dah boleh sampai. Bagi aku Saigon Square nie macam takade pape pun. Pakaian je banyak, harga pun mahal sikit tapi selesa kite sebab ber-aircond. Hahaha. Memang lepak kejap lagi dalam  nie. Hahaha. Dah selesai shopping bagai kami pulang ke hotel. Nak check in hotel, mandi makan semua. Dari Ben Thanh ke hotel naik teksi harga cuma Vnd 40K. Rehat.......




Gerai-gerai tepi jalan.


Jam 500 petang kami keluar balik untuk makam malam terakhir & shopping di night market. Saje keluar awal sebab kawan nak record video lintas. Memang gigih gile laa nak record. Hahaha. Macam biasa still naik bus. Al-maklumlaa dah pandai naik bus. Hahaha. K berlagak kejap. Huhu. Sampai je terus cari restoran halal. So, kami decide nak makan kat Amin Restoran. Makanan die kurang sedap, tak masuk dengan tekak melayu original aku. Haha. Sedap lagi Hajah Basiroh tapi mahal gile kalau nak dibandingkan dengan Amin Restoran. Takapelahh, dah lapar sangat, makan saja laa. Hahaha.


Pemandangan dari atas hotel 


Makan malam terakhir. 


Selesai makan, sementara buka night market buka kami jalan-jalan pusing bangunan kat situ. Tak jalan jauh pun sekitar situ saja. Tepi-tepi tu ade orang jual buah-buahan. Mohon korang tenang sabar tabah dan tahan nasfsu nak beli. Hahaha. Sebab buah-buahan die segar bugar tau. Kami beli jambu air saja. Night market pun dah bukak maka shopping la kami untuk kali terakhir. Shopping teruk sakan. Sampaikan jam nak dekat 12 malam baru selesai shopping. Hahaha. Bayangkan dari jam 5 petang sampai 12 malam baru balik hotel. Hahaha. Siap rehat sebentar dari cari barang dengan secawan coffee. Perghhh sedap pekat melekat. Hahaha. Aku nie jenis kurang shopping, shopping pun untuk mak, kakak & adik-adik saja. Haha. Jenis aku nie suke tengok cara kehidupan sesebuah negara tersebut. Nak shopping pun cukup laa beli souveir saja. Macam yang aku cakap, night market muka sikit kalo nak di bandingkan dengan Ben Thanh. Kat Ben Thanh souvier rm10 tp kat night market korang boleh dpt rm5 saja. Blink blink* Hahaha.


Kopi paling sedap pekat dan melekat....



Selesai shopping apa lagi call grab car. Hahaha. Sebab dah tak larat nak jalan cari teksi. Sekarang nie semua di hujung jari tau. Masuk hotel, hotel dh gelap tapi still belum tutup. Yelaa kunci kami kena tinggal kat kaunter. Berani laa die tutup. Hahaha. Masuk saja bilik haaa kau, kemas laaa barang fikir macam mana nk sumbat barang nie semua. Risau sampaikan nak ambik luggage lagi. Risau tak lepas & kena tahan je. So, cara tak nak kena tahan semua, korang cabutkan semua plastik bungkusan segala bagai. Selain tak kena tahan korang juga dapat menjimatkan ruang. Hahahaha. Kena bijak k anak-anak semua. Hahahaha. Alhamdulillah semua nya muat-muat saja. Tak tahu la beli apa sampai beg jadi berat, tak cukup ruang bagai. Hahaha.

TIDUR........................


Shopping Sakan....



Last Day  11/11/2016

Sebab flight kami jam 925pagi then ramai kata kena datang awal ke airport jadinya jam 430 dah bangun. tepat jam 6 kami dah tunggu taxi. Pagi-pagi kan jalan memang sesak dengan kenderaan. Orang nak pergi keje semua laa. Sampai je airport terus check in bag. Then masyaAllah ramai nya orang tengah beratur. Nasib kami datang awal. Kalau tak memang ada tanda-tanda kami bakal di tinggalkan. Hahaha. Alhamdulillah selesai dan lepas semua security. Risau kena tahan je wei. Biar sampai awal airport then tunggu berjam-jam walaupun lambat lagi daripada kena tinggal flight. Hahaha. Tak balik Malaysia kang.....



Muka lega lepas semua security.
Hahahaha.... 




So, habis sudah cerita pasal percutian kami di Vietnam. InsyaAllah ada rezeki kite bertemu lagi.
Aku listkan previous update untuk mereka yang belum baca full cerita.... Harap dapat membantu.

Click here :
Travelog Vietnam : Itinerary & Budget bawah RM500 ke Vietnam
Travelog Vietnam : Kembara Bandar Ho Chi Minh - Day 1
Travelog Vietnam : Kmebara Kota Dalat - Day 2


Semoga berjumpa lagi Ho Chi Minh, Vietnam. 

Percaya laaa travel is fun. 
By travelling, no stress, no pressure,
no sad, no headache. Everything just joy.
And there you will know how great Allah 
created the earth for us. 


Note :
  1. Boleh shopping di night market dengan menggunakan ringgit Malaysia
  2. Jangan tawar kalau taknak beli, boleh buat gaduh
  3. Sentiasa berhati-hati ketika shopping.
  4. Datang awal ke airport. 




Benda nie sangat-sangat berguna buat kami 
semasa di Vietnam. Sebab no banyak sangat kan,
 so better korang save benda nie siap-siap.
Dapat memudahkan lagi perjalanan kalian. 

Comments

  1. Trip ke Ho Chi Minh - Dalat - Mui! ✈ Hanya RM1500/pax (fullboard) pada 2-6 Jun 2020. Promosi tamat pada 31/12/19. Untuk pertanyaan lanjut boleh ws 📲 018-9581995 atau email 📩 najwaakutravel@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan Jalan Krabi

Cameron Highland, Malaysia