Nuffnang Ads

Monday, May 22, 2017

Travelog Singapore : Pusing-Pusing Singapore

Assalamualaikum


Sebab cuti semester panjang sangat maka nya terancangla trip nak ke Singapore seorang diri. Tapi kat sana ada kawan la. Memang dah lama bercadang nak pergi sana tapi masing-masing sibuk. Bila dapat tahu kawan cuti terus booking tiket flight airasia dengan harga rm69 one way pada 07/05/2017.




Flight pula pagi jam 07.40, memang malam tu lagi dah bermalam kat sana. Risau kena tinggal flight. Hahaha. Minta dijauhkan la. Makan masa 1 jam saja dari Malaysia. Ini first time aku jejak Singapore. Tak ada perbezaan waktu atau plug, sama saja dengan Malaysia. Dah selamat sampai tunggu kawan datang jemput.

Teruja juga bila tengok negara maju nie. Dari atas kapal terbang lagi dah nampak bangunan yang tinggi-tinggi. Dan yang aku teruja kebanyakkan MRT punya station adalah bawah tanah & keluar je dari MRT terus ke shopping mall. Kalau aku duduk sini, memang setiap hari merayau pergi shopping mall. Hahaha. 


Berikut adalah tempat yang aku pergi untuk hari pertama :

Bugis Street
- Bugis Street ini kira macam tempat shopping. Banyak juga yang korang boleh shopping kat sini. Antaranya baju, keychain, beg, kasut dan sebagainya. Rambang mata bila kat sini. Bugis Street ini macam Jalan Tar kalau kat Malaysia. Kat sini aku cuma beli tshirt. 8 helai tshirt dengan harga $20. Tapi memang best jalan-jalan kat sini, masa datang pula hari ahad, memang ramai laa. Sesak nafas sis. HAHAHA. 


Suasana di Bugis Street

Luar Bugis Street

Datang Singapore tapi makan makanan korea.
Kawan aku craving kata nya. Haha. 😋



Arab Street
- Bila dah sampai sini jangan lupa untuk solat di Masjid Sultan Singapore. Merasa juga laa solat kat masjid sini. Alhamdulillah. Bangunan di sekitar masjid nie sangat unik. Keychain di sini lagi murah kalau nak dibandingkan dengan Bugis Street. Aku beli keychain 12pcs dengan harga $4 saja. Kawan aku dah tolong surveykan harga untuk aku shopping. Terharu sis. Hahaha. Dan bila sampai sini, korang jangan lupa bergambar, rugi kalau tak bergambar. Dan jangan lupa juga makan di Restoran Zam Zam. Berdekatan saja kat kawasan nie. Tapi aku tak makan restoran tu sebab dah kenyang baru lepas makan. 

Belakang itu Masjid Sultan Singapore. 



Inilah tempat yang aku kata cantik. 
Aku beli keychain kat area sini. 


Restoran Zam Zam, jangan lupa singgah makan. 



Garden by the Bay
- Nasihat aku kalau nak datang sini, datanglaa pada waktu petang. Sejuk sikit nak bergambar pun seronok. Petang petang pun ramai orang kat sini. Ada yang berjogging, berbasikal, berkumpul dan macam-macam ragam lagi laa. Tapi memang cantik pemandangan kat sini. Yang terpegun nya aku kat sini bila nampak Marina Bay Sands dengan jarak yang boleh dikatakan dekat even takade laa dekat sangat, Hahaha, Tapi memang luar biasa betul bangunan kat sini. 


Ada 1 kawasan lapang korang boleh baring-baring 
walaupun ramai orang. Kisah pulak sis. Hahaha. 

Kasi lompat 1 kali. 😝😜

Sampai sekarang aku tak dapat terima hakikat,
macam wallpaper tau view nya haha. 😚😚



Aku siap baring lagi, takade orang kisah pun. 😍



Esplanade & Merlion Park
- Ini tempat terakhir aku pergi untuk hari nie. Sampai sini pun dah lewat petang. Penuh dengan manusia. Bila sampai sini, sila sila sila penuhkan batery phone atau kamera korang. Sebab pemandangan kat sini sangat cantik dan luar biasa. Suka hati korang la nak ambil gambar gaya apa sebab ramai yang lagi teruk. Hahaha. Jadinya tak payah malu-malu atau cover comel laa. Hahaha. Aku pun dah tak rupa macam orang dah masa itu. Hehe. Memang rugi kalau korang dah sampai Singapore tapi tak pergi sini. SANGAT RUGI ! Jadinya sila nikmati gambar aku. Haha. 




Hai, kita sama tinggi laa. Hahaha. 


Kawan aku kata, yang belakang itu macam durian. Hahaha. 

Dari jauh je sebab ramai sangat kat sana. 😊






Nikmatilaa view tercantik nie.....  😍


Alhamdulillah selesai sudah untuk hari pertama aku di Singapore. Kesimpulan nya memang terbaik dan juga best !! Walaupun malam tu tak tidur sebab tak selesa nak tidur kat KLIA tapi aku tetap gigih dan bersemangat jelajah Singapore. Bangga dengan diri sendiri. Hahaha. Sekian daaaa daaaa. Nanti aku sambung part kat USS. Yeaaaayyyyy. 


Note :
1. Kat sana aku cuma menggunakan public transport. They have very perfect public transport. Kawan isikan ez-link $20 untuk 3 hari di Singapore. Aku tak beli pun Singapore Tourist Pass memandangkan kawan ade lebih ez-link.

2. Currency masa itu 1SGD = RM3.09

3. Bila naik eskalator kalau korang tak nak cepat sila la berdiri belah kiri. kalau korang nak cepat sila laaa berjalan laju belah kanan bila naik eskalator tapi kalau korang degil sila malu dengan salah sendiri. Hahaha.



No comments:

Post a Comment

Jangan la singgah je,,
Marilah komen wahai si comel sekalian..