Travelog Singapore : Selamat Tinggal Singapore

Assalamulaikum.

Seperti yang dijanjikan, aku akan ceritakan pula tentang perjalanan pulang aku dari Singapore - Larkin Station - Terminal Bersepadu Selatan. 

Untuk hari terakhir aku di Singapore, aku tidak ke mana-mana. Sebab aku booking tiket bus online dan bus aku jam 230 petang. Risau kalau merayau kena tinggal dengan bus. Haha. Aku booking awal seminggu takut bus full. Pada sesiapa yang nak booking, boleh booking di sini BusOnlineTicket. Murah pun murah. Total semua RM39.30 including insurance & fees.



Dari 450A Sengkang West Way 👈 (rumah kawan), kami gerak jam 11 lebih. Naik bus terus berenti dekat MRT mana aku tak ingat tapi yang pastinya korang kena berenti kat MRT Kranji. Kawan hantar sampai situ. Bila dah sampai sana terus ke belakang untuk tunggu bus nak ke Larkin Station. Korang akan nampak barisan panjang. Itu semua orang yang nak pergi ke Larkin & Johor Bharu Station. Naik bus 160 atau bus 170 sebab bus itu akan bawak korang ke sana tapi untuk kepastian orang boleh tanya pakcik drive or tengok pada screen depan bus tu. Tunggu dalam 10 minit gitu bus pun sampai akupun salam kawan say thankyou & goodbye, sedih pula rasa. Sebelum naik aku tanya pakcik bus tu "Larkin Station how much ?" then he say $2.20 so korang bayar masuk dalam tabung duit dan korang jangan lupa untuk ambik resit kat mesin. Simpan ticket itu macam korang simpan duit korang sebab korang akan gunakan ticket itu lagi nanti.

Merasa juga duduk rumah kat Singapore. 💕


First perhentian korang akan turun dekat Woodlands Checkpoint untuk cop imigresen Singapore. Jangan tak turun pulak korang sebab semua akan turun dekat situ. Dah selesai kat sini, korang turun eskalator dan pergi ke belakang eskalator. Korang akan nampak 3 barisan orang beratur dan jangan risau kat situ dieorang dah siap tulis lorong ini pergi mana. Masuk la kat lorong menunggu mana korang nak pergi. Yang unik nya Singapore nie tempat menunggu bus mereka nie macam lorong yang dihalangi dengan besi-besi maka masukla lorong tersebut untuk tunggu, Memang takkan ada istilah berebut naik bus sebab dalam lorong tu dah siap beratur.  

Sebelum naik bus aku tanya pakcik yang jaga luar bus, Larkin Station sambil tunjuk ticket and kata can can. Haha. Korang masih boleh guna lagi tiket yang korang beli awal-awal tadi. Ini pertama kali aku naik bus seorang diri rasa nak gelak pun ada. Semua nya aku uruskan sendiri even kawan ade bagitahu macam mana cara nak balik, tapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hahaha. Memang penuh bus masa ini.

Sumber : Google


 Maka, lalu laa aku menyeberangi jambatan Singapore ke Johor. Agak jem tapi takada sampai bus tak gerak langsung. Bus gerak laa sikit-sikit. 😁😁. Dalam 15 minit macam itu maka sampai la aku di Johor. Yeayyyy hampir berjaya 😛😛. Bus akan berhenti di Jabatan Kastam, turun jangan tak turun pulak kat sini. Dah selesai urusan scan beg & kemasukkan semula korang jalan terus je sampai nampak eskalator. Jangan panik kalau sampai sini tapi tak nampak signboard Larkin, korang turun je eskalator belah kanan kemudian korang pergi kat bawah tu dan nampak tempat menunggu untuk ke Larkin.

Jangan lupa tebus ticket tau. Haha. 😝😜


Untuk kepastian aku tanya pakcik tu lagi, "Larkin Station" and he say yes RM1. So, ticket yang korang beli tadi dah tak boleh guna. Dalam 10 minit sampai laa Larkin Station. Pening aku tengok station bus ini sebab tengah dalam pembinaan. Dalam jam 130 petang aku sampai. Terus solat dan beli makanan al maklumlaa 4 jam dalam bus nanti. Dengan yakin nya aku mundar-mandir cari bus aku mana padahal kena tebus ticket dulu kat kaunter baru tahu platform mana. Maafkan saya sebab ini kali pertama naik bus sesorang pulak tu hahaha. Nasib aku tanya orang. Pergi kaunter cari no kaunter yang tertera kat ticket receipt aku. Takpun cari je kaunter company bus apa yang korang naik. Dah selesai urusan tebus ticket, so aku pergilaa kat platform menunggu bus. Check platform betul, no plat bus betul, fuhhhh lega alhamdulillah. Hahahahaha.

Maka dengan ini, tamat sudah trip aku kali ini di Singapore. Alhamdulillah pulang dengan selamat. Terima kasih pada korang yang sudi baca. Untuk yang terlepas dengan cerita sebelum ini, boleh click link kat bawah. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi dan dapat pergi negara lain, akan aku kongsikan bersama.

InsyaAllah lepas ini aku akan rajin kan diri untuk update pasal tips berguna semasa travel. Hopefully ada yang sudi baca la. Hahaha. Daaaa jumpa lagi


Note :
1. Sedikan duit tambang $2.20 cukup-cukup sebab kena masuk dalam tabung duit. Resit jangan lupa simpan, dan  resit nya sangat kecik. Haha.

2. Jangan malu bertanya. Biarlah orang nampak aku bodoh masa tu janji aku tak sesat dan selamat pulang. Hahaha.



Click here 👇👇👇


Hasil shopping di Singapore. 😋😊

My journey is over. The End 


Comments

Popular Posts