Jalan Jalan Krabi
Assalamualaikum. HARI PERTAMA / 20.08.2017 Ini trip kali kedua aku ke Krabi. Kali nie aku ikut kakak aku jalan jalan krabi. Trip kali nie banyak makan, banyak jalan banyak santai. Pergi 5 orang termasuk anak buah aku 2 orang. Untuk bajet maaf tak dapat nak tolong sebab kali ini punya trip di sponsor. Hahaha. Tapi boleh rujuk blog yang aku pergi mula-mula hari tu tahun 2015. Hahaha. Sampai Airport Krabi pun dah petang. Terus check in hotel. Kami duduk di Comfort Hotel di kawasan Ao nang. Lepas masuk bilik rehat kejap pastu lepas maghrib keluar cari makan. Sewa van untuk ke night market. Yang best untuk trip kali kedua nie, aku dapat juga rasa night market. Trip hari itu tak dapat pergi sebab aku pergi hari isnin-jumaat. Night market pulak buka jumaat - ahad. Dah pusing-pusing night market tu pergi makan kat kedai yang berdekatan. Lepas 2 jam gitu, va...